Monday, December 5, 2011

Raja Muda Perlis mahu tulisan Jawi dimartabatkan

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu semua pihak memartabatkan tulisan Jawi ke tahap lebih tinggi setara dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

"Pada hari ini, kita menghadapi satu persimpangan dan persoalan realiti iaitu bagaimana kita selaku generasi pewaris hendak menjulang tulisan Jawi ke suatu tahap baharu di era globalisasi ini, sebagai identiti dan lambang jati diri kita,” titah baginda semasa merasmikan Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi kali kedua dan Karnival Jawi 2011 di Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur hari ini...

Menurut baginda, selain program-program lebih menyeluruh perlu dilakukan secara berterusan oleh semua pihak, usaha ke arah itu juga perlu dilakukan melalui medium yang pelbagai termasuk melalui bidang teknologi.

"Medium IT yang digemari masyarakat kini juga harus digunakan oleh penggiat tulisan jawi dengan mengeksploitasi apa sahaja media baru dalam menyampaikan atau akses segera dalam usaha mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajarannya,” titah baginda.

Bimbang dengan perkembangan terkini di mana tulisan itu hanya dicetak di dokumen berkaitan urusan agama dan hanya menjadi tempelan di papan tanda, baginda menyarankan agar akhbar Utusan Malaysia dapat menyediakan sekurang-kurangnya satu muka surat tulisan Jawi setiap hari berbanding sekali pada setiap minggu pada masa ini.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah pendedahan tulisan Jawi kepada kaum bukan Melayu juga perlu dipergiatkan lagi melalui pelbagai pendekatan bagi mengikis persepsi bahawa mempelajari tulisan itu "tidak bermakna masuk Melayu atau masuk Islam".

Sambil memuji usaha kerajaan setakat ini dalam membudayakan tulisan berkenaan, baginda bertitah bahawa antara impak positif daripada memartabatkan tulisan itu ialah mengekalkan identiti Melayu Islam.

"Ini kerana banyak rujukan klasik atau buku agama, sastera dan undang-undang ditulis dalam tulisan Jawi. Tulisan Jawi juga akan memudahkan pengenalan kepada pembacaan Al-Quran," titah baginda.

Baginda menyarankan agar pembelajaran tulisan itu di sekolah rendah dapat diteruskan ke tingkat sekolah menengah.

- Bernama




Read more...

Sunday, December 4, 2011

Program J-Qaf Di Sekolah Menengah Mulai Pertengahan Tahun Depan - Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pengajaran Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) akan diperluaskan ke sekolah menengah mulai pertengahan tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pelaksanaan J-Qaf di 4,747 sekolah rendah sejak tahun 2005, terbukti sangat berkesan apabila 94 peratus murid menguasai empat kemahiran iaitu Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain.

"Untuk makluman, program perintis J-Qaf menengah akan dilaksanakan pada pertengahan tahun 2012 dan pelaksanaan sepenuhnya pada tahun 2013," katanya semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno 2011, di sini.

Muhyiddin berkata Kementerian Pelajaran juga akan terus memberi bantuan dan sokongan kepada sekolah agama bantuan kerajaan dan sekolah agama rakyat.

Beliau turut menyarankan sekolah agama rakyat agar berdaftar dengan kementerian bagi penyaluran bantuan yang lebih terancang, sekali gus dapat meningkatkan akses pendidikan Islam kepada ibu bapa yang mahu anak mereka mendapat pendidikan tersebut.

Muhyiddin berkata cadangan penubuhan sekolah kebangsaan agama peringkat sekolah rendah akan diperhalusi untuk memastikan keberkesanannya.

Mengenai Transformasi Sistem Pendidikan Vokasional, Muhyiddin berkata kementerian akan melaksanakan Pelan Tindakan Strategik sehingga 2020 yang dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu Fasa Lonjakan (2011-2013), Fasa Peningkatan (2014-2016) dan Fasa Pemerkasaan(2017-202).

"Untuk mencapai hasrat ini, kementerian telah merangka lima strategi, lima inisiatif dan 11 tindakan. Pelan Tindakan Strategi ini akan meletakkan Pendidikan Vokasional di peringkat sekolah bermula daripada tahun 2013 untuk sasaran kemasukan sebanyak 20 peratus pada tahun 2015 supaya setanding dengan negara serantau dan negara maju yang lain," katanya.

Dalam usaha untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam negara pada usia yang muda, Muhyiddin berkata pelajar akan didedahkan program asas vokasional di sekoleh menengah rendah iaitu di Tingkatan Satu hingga Tiga di sekolah menengah harian, di mana mereka akan diberi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Satu dan Dua di akhir Tingkatan Tiga.

"Sebagai projek perintis, sebanyak 15 sekolah menengah kebangsaan dikenal pasti untuk melaksanakan program ini pada tahun 2012. Sehingga kini, permohonan kemasukan telah melebihi 100 peratus di kebanyakan negeri," katanya.

Di peringkat sekolah menengah atas pula, Muhyiddin berkata sebanyak 38 sekolah menengah vokasional akan dinaik taraf kepada kolej vokasional dengan menawarkan program pengajian selama empat tahun untuk melayakkan mereka menerima Diploma Kolej Vokasional.

Beliau berkata Program Kolej Vokasional akan mengukuhkan kemahiran komunikasi, Bahasa Inggeris, 'school enterprise'(keusahawanan melalui sekolah) dan Kemahiran Insaniah.

"Kursus-kursus yang ditawarkan (di Kolej Vokasional) merupakan bidang yang diperlukan untuk enam ekonomi koridor negara dan bakal memenuhi permintaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)," katanya.

Katanya pengambilan pertama pelajar ke Kolej Vokasional akan dilakukan pada minggu pertama Januari 2012.

-- BERNAMA


Read more...

Tuesday, August 2, 2011

SALAM TAKZIAH

Isteri kepada Ustaz Abdul Razak b Mat Saad Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan iaitu Kak Salamiah telah kembali kerahmatullah pada jam 11 Pagi di Hospital Ipoh hari ini.
Al-Fatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.AMEEN...
Read more...

Friday, July 29, 2011

RAMADHAN KAREEM







Kelebihan Ramadan


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu."


Kelebihan berpuasa

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun."

Read more...

Tuesday, July 26, 2011

KEM LITERASI AL-QURAN PERINGKAT PPD PASIR PUTEH


























Tarikh : 26-27 Julai 2011
Masa : 8.oo hingga 1.30 Petang
Lokasi : SK Gaal, Pasir Puteh
For more pictures, please visit Facebook/Sekolah Kebangsaan Wakaf Raja
Read more...

Thursday, June 30, 2011

Taklimat Profesionalisme Guru Pendidikan Islam Dan j-QAF Peringkat PPD Pasir Puteh
















Tarikh: 29 Jun 2011
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Sri Tok Nik, SK Sri Aman
Pasir Puteh, Kelantan.

Perasmian Oleh:
YBHG. En. Zawawi Bin Othman
Pengerusi Penyelaras Pembangunan
Parlimen Pasir Puteh.
Read more...

Monday, May 23, 2011

Taklimat Keselamatan, Penjelasan Isu-Isu Keselamatan Negara dan Ceramah 1 Malaysia






.




Tarikh:
23 Mei 2011 (Isnin)
Tempat:
Dewan Keruing, SMK Bandar Machang, Machang Kelantan.

Ucapan Peramian oleh:
Ustaz Muhd Fadhli Jusoh
,
Penolong Pengarah
Bantuan Sekolah Agama JPN Kelantan.
(Wakil Pengarah Pelajaran Kelantan)

Ceramah 1 Malaysia Oleh:
Pn. Syarifah Abdul Latif
Pensyarah Kanan UiTM Machang

Taklimat Keselamatan dan Penjelasan isu-isu keselamatan Negara oleh:
YDH.SAC Dato' Dr. Abdul Rahman b. Ismail
KPP Bhg. Penyelidikan dan keurusetiaan PDRM Bukit Aman, Kuala Lumpur.




Read more...